Wednesday, 23 October 2013

Beraya di Hospital

Salam,

Lamanyer tak menulis. Makin hari makin kurang mood untuk menulis. Penat agaknyer...ermm tp apa pun kena update jugak kt sini.

Alkisahnye  Dani demam start dari 11hb October lg..panas sgt2 badan Dani dkt2 39c..pukul 2.30 pagi terus ajak Kakak Nisa and Abg Boy (kebetulan anak buah ada kt rumah) teman ke Hospital. Pukul 4 lebih balik coz doctor kata tak bole buat apa2 cuma bole bg ubat je dulu. Kalau demam lebih dari 3 hari mesti bawak balik hospital untuk check darah.

Sampai Hari Selasa 15hb still demam on of..ni tak boleh jadi ni..terus ajak nebor Cik Ros yg baik hati pulak teman ke hospital. Doctor terus check darah dan terus admit. Dalam hati lega coz kalau dihospital lagi senang ada doctor yg memantau 24 jam. Tak lah risau dan stress macam kt rumah.

Maka "check in" lah kami 2 beranak pd malam Raya Haji. Tuhan saja tahu kesiannye kt anak mami kena ambik darah every 4 hours. Dah la susah nak jmpa vain, semua sekali lebih dari sepuluh tempat..huhu dan masuk 2 botol drip. Tengok Dani tidur rasa hiba yg amat kerana seorang anak kecik yg tak tahu apa2 terpaksa lalui semua ni..cuma berdua dgn mami yg tabah menjaga dengan tidur2 ayam kerana selalu dikejut oleh nurse yg sekejap check darah, sekejap check temprature, sekejap check BP..huh! kesian anak mami.. Setiap kali hantar dia kebilik untuk ambik darah sebak dengar dia menangis panggil mami.

Hospital ni punya la sejuk mcm musim salji kt London..malam pertama rasa mcm nak pengsan terlampau sejuk dengan blanket hospital yg nipis. Curi2 ambik 3 helai blanket untuk cover Dani dulu. Mami tumpang kt tepi katil menggigil2 sejuk. 

Pagi raya Ros dtg bwk nasi himpit dan kuah kacang and my sister, Kakak Nisa and Boy dtg ptgnyer. Kami beraya di ward 4B, Hospital Ampang

Few friends sempat jugak jenguk Dani walau sibuk..tq Sal, Rasid, Kathy Azean and Azhar . Malam kedua my sis (Jae) dtg bwk winter collection dia :D  stokin bola sampai lutut dan  sweater yg 20 inci tebal berkolar sampai leher. Barulah lega sikit. Abg Boy datang 2nd day utk gilir2 jaga Dani (tq Boy). Barulah mami ada masa untuk mandi (siap ada heater dlm shower room ok..)

3rd day Kakak Nisa pulak dtg tengahari ganti Boy and petang doctor dah discharge. Sampai rumah dah petang. Letak barang2 yg byk terus ckp ngn my niece chelong tidur sekejap. Bangun jer rasa kebas dan sakit2 satu badan. Maklumlah 3 hari tidur atas kerusi..

Itu jerlah cerita anak mami terpaksa masuk ward kerana suspect denggi. Alhamdulillah sumenya dah selamat dan Dani dan recover sepenuhnya. Alhamdulillah jugak kerana Dani dah boleh masuk sekolah untuk end year exam pd 21hb tu..

Terima kasih pada nama2 yg disebut diatas lebih2 lg my sis jae yg banyak membantu morally. Tuhan saja boleh membalas jasa2 semua. TQ Allah and TQ all..i am bless to be surrounded by good people..amin amin amin...












No comments:

Post a Comment