Wednesday, 9 April 2014

GLOOMING DAY

Arini mami rasa sgt2 tk sihat dan sakit kepala berdenyut2. Dr pg dah depan komputer dan mata dah naik juling..tiap2 hari menda sama day in day out.

Tired, exhausted..huhu ikutkan hati dah tak larat nak kerja.Tapi fikirkan anak masih kecik maka mami gagahkan diri bgn subuh2 siapkan apa yg patut utk dani dan berkejar ke ofis.

Tadi rasa sakit kepala yg amat..berdenyut2..rasa down saja dr ofis..ambik fon terus call Dani..

Mami : Dani..mami sakit kepala sgt sayang
Dani : Napa mami? mami sick ke
Mami : ye syg
Dani : Mami tell ar bos mami..mami blk ar rumah dani picit lps tu mami bole anta dani school..hehe

so touched! anak mami dah pandai caring..
i love u soooooooooooooooooooooooo much..
mintak mami sihat dan panjang umur syg..sampai Dani dah bole berdikari..mami risau kalau mami sakit sapa nak jaga Dani nanti..mintak Allah lindungi anak ku dari segala bahaya dan malapaetaka..Allah lindungilah Zidani yg tidak mempunyai sesiapa selain aku..aminnnn..:(

Tuesday, 25 March 2014

March o March

Salam,

Lately ni mcm2 disaster kt negara kita Malaysia tercinta. Kita dilanda musim panas yg melampau disertai dgn jerebu yg dasat sekitar lembah kelang. Kemudian kes air dicatu..(nasib baik sofar "kondo"  ;psaya tk pernah ada masalah air..

Yang paling dasat dan tak tercapai dek akal cetek ini utk pikir tentang kehilangan pesawat Boeng 777 MH370 kepunyaan MAS airline telah hilang dr radar pg  8hb March with  239 passengers and crew onboard... after all efforts from nearly 25 country (if my facts rite) our PM finally made an announcement that the plane has ended "the journey" in Hindi Ocean. Sad day..iam sure goes to everyone, tk kira bangsa, ugama dan kerakyatan apa sekali pun ..tahziah keatas semua yg terlibat dalam nahas ini dan kpd family and friends semoga dapat menerima kenyataan ini dgn hati yg tabah..alfatihah :(

Bulan 3 ni jgk bermula cuti penggal pertama dr 24 hingga 30hb dan murid2 sekolah especially sgt teruja kerana dapat bermain dan tidur sepuas hati..(buku jgn lupa baca adik2 ye :D)

Tapi agak sedeh jgk my busuk tak dapat merasa bangun lambat spt bdk lain kerana terpaksa bgn pg utk ke nursery (huarghh..) Bila mami dan siap dlm 8.30 bermula lah ayat..baby...bangun..baby..bangun..mami nak work ni..baby..mami dah lambat ni..dan slowly busuk mami bkk mata dgn amat berat sekali. Time ni kena ckp elok2 takut terpeleuk mood dia haha..last2 merangkak turun katil..mata half open pakai selipar dan turun ke nursery sambil mami bwk beg bekal, air masak, air milo, roti, biskut, toys, buku, towel, baju sepasang..oye..galaxy tab tklupa..:D

Nursery ni pelik sikit kerana tak sediakan makanan atau minuman semua kena bwk sendiri..tengahari mami terkejar2 pulak blk anta nasi bungkus..tp alhamdulillah walau terkejar2 pun tkpe janji anak mami sihat walafiat..aminnn

Nampaknye takat ni jelah utk kali ni..curi2 menulis ni (u know why) hehe..ok baby mami love u soooooooooooo muchhhhhhhhhhh.................muahhhhhhhhhhhhhhh 10x


Tuesday, 14 January 2014

TAHUN BARU 2014

lamanye tak menulis..mood hilang and baru sampai hari ni..:p

anyway belum terlambat utk sy ucapkan selamat tahun baru 2014 dan semoga tahun ini akan bertambah baik daripada tahun2 sebelumnye...aminnnnn

Yup..satu lg perubahan ketara ialah anak mami bucuk bacam dah pun  naik darjah 2..tak sangka pejam celik pejam celik dan kami  tempuh segala susah senang skrg  tgk anak dah besar..sob sob  (sayu kdg2 pikirkan Dani)..insyallah..selagi mami ada hayat dikandung badan mami akan pastikan kehidupan Dani terjamin dan melindungi dan menyayangi Dani sepnuh hati...

like Dani selalu cakap sebelum tido (doa sebelum tido dia lain pulak tau..nanti akan dibgtau hehe)..mami..dani love mami up up up the sky until the moon..

sayang busuk...hug2 kiss2...muah muah...




Tuesday, 19 November 2013

High Fever

Salam,

mami down with high fever dari Saturday 16hb nov sampai ari ni dah 20hb belum baik lg. Dah pegi klinik dah check darah doctor cuma ckp viral infection. Yg kelakar masa ambik darah tu Dani siap tolong pegang tangan mami  (tp dok atas riba ..ok..) dan ckp " mami dani here..ni cucuk ants sj" nak gelak pun ada..dia dah biasa kena ambik darah jd dia tk heran tgk jarum dah kot.

 Masuk arini dah 3 hari mulut payau dan tak mkn apa2 pun. Semalam usaha jugak bwk dani keluar drive tengah2 panas "ting' nak cari air kelapa. Dah la kepala pening dan satu badan sakit2. Yang lain2 mami tk risau sgt..yg merisaukan mami adalah makan minum dani tak terjaga dgn baik masa mami sakit ni..Dani faham dia kata tkpe dia mkn roti je...sedih dgr..dia jgk ambil towel basahkan dan lap bdn mami..(sama mcm mami jaga masa Dani demam)..alhamdulillah Dani seorang yg tidak byk kerenah cuma satu je skrg ni mkn kena bersuap. tapi dia dh janji darjah dua nnti dia akan mkn sendiri..ayat  paling favorite dia " i pomis mami.." hehehe

Dani ckp klu mami masuk hospital boleh ke dia teman dan jaga mami? mengalir airmata sy tak semena2 dgr soalan tu..alahai syg mami lg la tak nak berengang walau sesaat pun dengan Dani. Susah senang mami sume untuk Dani..what am i without u darling..

Harini mami gagahkan jgk ke ofis manalah tau bos dah melenting ke apa ke asik mc je..dah la aritu Dani masuk hospital mami jgk kena cuti..skrg mami sakit lagi ambik mc...huhu..klu bos terbaca ni sori la ye sy ni ibu tunggal yg sume benda atas bahu sy sorg..

Cuti sekolah ni duduk la dia sari suntuk kt nursery yg tk berapa nursery tu..dia ckp bosan teacher2 situ tk bg main apa2 pun..sume bdk2 diorg soh duduk diam2 jgn bising2. Tingkap sume pun tk penah bukak.pelik jugak tp what choice do i have? pernah try suruh dia dok rumah at least bole tgk tv semua tp hati pulak asyik pikirkan dia dan akan call every 5 min. Walau pun Ros (my nebor) kata anak dia yg besar tu boleh tgk2kan tp entahla..dlm kepala asik pikir mcmna kalau tu cmna kalau ni...ayaaa lama2 nak keja pun tk senang baik dok nursery je.

ermmm tu je lah kot untuk hari ni..baru lepas mkn ubat 3, 4 jenis bdn dan kepala dah lemau..i love u baby usuk asam jantung hati mami sorg....mmmuahhhhh..!






Wednesday, 23 October 2013

Beraya di Hospital

Salam,

Lamanyer tak menulis. Makin hari makin kurang mood untuk menulis. Penat agaknyer...ermm tp apa pun kena update jugak kt sini.

Alkisahnye  Dani demam start dari 11hb October lg..panas sgt2 badan Dani dkt2 39c..pukul 2.30 pagi terus ajak Kakak Nisa and Abg Boy (kebetulan anak buah ada kt rumah) teman ke Hospital. Pukul 4 lebih balik coz doctor kata tak bole buat apa2 cuma bole bg ubat je dulu. Kalau demam lebih dari 3 hari mesti bawak balik hospital untuk check darah.

Sampai Hari Selasa 15hb still demam on of..ni tak boleh jadi ni..terus ajak nebor Cik Ros yg baik hati pulak teman ke hospital. Doctor terus check darah dan terus admit. Dalam hati lega coz kalau dihospital lagi senang ada doctor yg memantau 24 jam. Tak lah risau dan stress macam kt rumah.

Maka "check in" lah kami 2 beranak pd malam Raya Haji. Tuhan saja tahu kesiannye kt anak mami kena ambik darah every 4 hours. Dah la susah nak jmpa vain, semua sekali lebih dari sepuluh tempat..huhu dan masuk 2 botol drip. Tengok Dani tidur rasa hiba yg amat kerana seorang anak kecik yg tak tahu apa2 terpaksa lalui semua ni..cuma berdua dgn mami yg tabah menjaga dengan tidur2 ayam kerana selalu dikejut oleh nurse yg sekejap check darah, sekejap check temprature, sekejap check BP..huh! kesian anak mami.. Setiap kali hantar dia kebilik untuk ambik darah sebak dengar dia menangis panggil mami.

Hospital ni punya la sejuk mcm musim salji kt London..malam pertama rasa mcm nak pengsan terlampau sejuk dengan blanket hospital yg nipis. Curi2 ambik 3 helai blanket untuk cover Dani dulu. Mami tumpang kt tepi katil menggigil2 sejuk. 

Pagi raya Ros dtg bwk nasi himpit dan kuah kacang and my sister, Kakak Nisa and Boy dtg ptgnyer. Kami beraya di ward 4B, Hospital Ampang

Few friends sempat jugak jenguk Dani walau sibuk..tq Sal, Rasid, Kathy Azean and Azhar . Malam kedua my sis (Jae) dtg bwk winter collection dia :D  stokin bola sampai lutut dan  sweater yg 20 inci tebal berkolar sampai leher. Barulah lega sikit. Abg Boy datang 2nd day utk gilir2 jaga Dani (tq Boy). Barulah mami ada masa untuk mandi (siap ada heater dlm shower room ok..)

3rd day Kakak Nisa pulak dtg tengahari ganti Boy and petang doctor dah discharge. Sampai rumah dah petang. Letak barang2 yg byk terus ckp ngn my niece chelong tidur sekejap. Bangun jer rasa kebas dan sakit2 satu badan. Maklumlah 3 hari tidur atas kerusi..

Itu jerlah cerita anak mami terpaksa masuk ward kerana suspect denggi. Alhamdulillah sumenya dah selamat dan Dani dan recover sepenuhnya. Alhamdulillah jugak kerana Dani dah boleh masuk sekolah untuk end year exam pd 21hb tu..

Terima kasih pada nama2 yg disebut diatas lebih2 lg my sis jae yg banyak membantu morally. Tuhan saja boleh membalas jasa2 semua. TQ Allah and TQ all..i am bless to be surrounded by good people..amin amin amin...












Monday, 16 September 2013

Happy Birthday Sayang

Baru ada mood untuk menulis new post.

6hb September 2013 hari lahir anak ku tercinta..Selamat menyambut Hari lahir mu yg ke 7 Zidani ku tercinta..mummy doakan supaya panjang umur, sihat walafiat, murah rezeki dan semoga menjadi seorang manusia yang sempurna dimasa depan mu nanti dan yang paling penting mummy sentiasa doakan agar Dani sentiasa dilindungi Allah dari segala bencana, kesusahan atau sebarang kesempitan..mummy sentiasa akan merestui walau apa pilihan Dani dalam kehidupan mu (yang baik2 saja..:)

Anyway pd harisabtu 7hb Sept 2013..kami berpakat (CikSu Jae, Kak Nisha, Abg Boy, Ayah Epol, untie Roy, Untie Ros, Kak Sophia, Abg Haykal dan  Kak Qistina) untuk membuat majlis harijadi Dani kecil2lan.

Pukul 3 ptg mummy masih tk sure nak masak apa takut Ciksu Jae tk jd dtg nnti membazir pulak makanan. Roy sampai rumah pukul 3 bwk kuih dan dpt call Ciksu Jae dan odw baru mummy siap beli barang2 utk masak meehun dan sosej. Terus beli KFC satu bucket dan dalam pukul 6 ptg Ciksu Jae bwk kek untuk Dani (hadiah dari Ciksu Jae sekeluarga :D)

Sambil borak sambil masak..siaplah meehon goreng, sosej, kuih dan minuman terhidang atas meja yg kecik kat rumah ni. Rasa mcm sikit sangat tp cukupla kot. Bila malam kami sepakat utk buat suprise kt Dani coz dia masih tertanya2 mana keknye.Sementara Kak Nisha pasangkan lilin atas kek kt dapur, mummy saja je ajak Dani keluar untuk tengok kononnye cari orang yg hantar kek ni kenapa tak sampai2 lg..(wayang tul..:D)

Tetiba rumah gelap, Dani terkejut, mummy cakap black out. Dah dapat signal mummy dokong dani bwk masuk dan diorg sume yanyikan lagu Happy Birthday.. dia betul2 terkejut dan malu..dan uncle Hafiz (suami untie Ros bagi birthday present 2 buku komik yg Dani suka)

Ermm1st time sambut birthday yang agak meriah..terima kasih semua yg datang frens and family..walau kecilan kehadiran semua adalah satu penghormatan buat Dani..again...TQ everyone..u all are special to us..Dani and mummy...kiss and hug..




Monday, 2 September 2013

CARING

Semalam mummy trim rambut kt Ampang Point. Anyway mesti tanya Dani dulu dan dia bg approval. :D
Coz dulu dah kena.. main potong je lepas tu tengok dia nangis teresak2 dan tanya kenapa? Dani cakap why mummy cut hair short? take back the hair (tunjuk rambut atas lantai salon) and *put* back..haha..nak gelak pun ada. My hairstylist panic tengok Dani beria2 nangis. Lama gak nak pujuk..huhu

So now mesti minta permission and dia ckp ok.. mummy cut behind only (pelat dia cuma bunyi *hind* saja)..sian anak mummy... dia dh pandai care for mummy..what a big boy he is now..:D

Dia tau mummy nak potong rambut mesti lama jd sebelum keluar dia siap bwk galaxy tab, charger dan buku masukkan dlm beg galas. Sepanjang mummy duduk dikerusi masa cuci dan potong rambut sepanjang tu lah jugak dia duduk atas lap mummy sambil main game. Suruh duduk kerusi lain tak mahu...pijar gak rasa paha memandangkan Dani dan besar panjang dan berat..sampai  pegi wash basin pun dia ikut sekali.

Lepas tu singgah Giant beli barang2 makanan dia .. sausage, nugget, vitagen and lain2.

Balik rumah dia siap tolong mummy kemas dan simpan makanan dalam fridge.. looking at him from far and i now realise..what i wonderful son i have even he is growing up without the love of his father he sure looks happy..... Thank you God! i am blessed!